Episode 1 : unstable mood..!

•November 25, 2008 • Leave a Comment

nowadays i realize my mood unstable… tak tau psai pa…. sekejap seronok sekejap boring sekejap sedih sekejap panas sekejap sejuk sekejap suka sekejap tak suka sekejap lapaq sekejap kenyang sekejap malas ( hat ni takleh wat apa) sekejap rajin sekejap nak marah sekejap tak mau marah…boleh dikatakan semua sekajap.. what happening?

but alhamdulillah i’m still here to write a blog…. :)

true love…

•November 24, 2008 • 3 Comments

butterfly_watching2Suami saya adalah seorang jurutera, saya
mencintai

sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat
yang
muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun
dalam masa
pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih…lelah,
alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu
yang
menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti
seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza
dari
yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana
yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta
yang
ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya,
bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan.”
Dia diam dan termenung sepanjang malam di
depan
komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,
padahal
tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang
lelaki
yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya
harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah
fikiran

Siti?” Saya merenung > matanya dalam-dalam
dan
menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti
menyukai sekuntum bunga
cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua
tahu
jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang
Abang akan lakukan untuk
Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang
akan
memberikan jawapannya
esok.” Hati saya terus gundah mendengar
responnya
itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan
saya
menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas
yang
berisi susu hangat yang
bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga
itu
untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah
pertama
itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.

“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu
mengusik
program didalamnya dan
akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang
supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki
program
tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang supaya boleh
menendang pintu,
dan membuka pintu
untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti
kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan
membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman
baik’ Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan
Abang untuk
memicit dan mengurut
kaki Siti yang sengal itu
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi
‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu
yang
dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar

yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku
dan itu
tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata
Abang
agar ketika kita tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan
kukumu
dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti,
membimbing
menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.
Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya
wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga
itu untuk mati. Kerana,
Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir
menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang
boleh
mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan
menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan
Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan
membuatkan
tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus
membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca
jawapan
Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap
inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang
sekarang sedang berdiri
di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika
Siti tidak puas hati,
sayangku…biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan

barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah,
bahagia Abang bila Siti
bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu
yang
terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan melihatnya
berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu
dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari
dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita
merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita
inginkan, maka cinta itu
telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah
kita
bayangkan sebelum ini.

siakap@pak husin

•November 5, 2008 • 2 Comments
tulang menulang

tulang menulang

good morning sunshine….ehehehe…my future brother in law treat me @ pak husin tomyam….nice one siakap “tiga rasa” i like…hehehe….for those who want to taste a great tomyam please go to this restaurant at sg ara penang…. =’D

Hacking world

•October 11, 2008 • Leave a Comment
hacking world
Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza,walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat.Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber’password’ dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking

Hacker

Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT,mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.Namun,para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.

Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan,spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.

Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.